ASSALAMUALAIKUM

SAYA BARU MENCEBURI PELABURAN EMAS NE.
HARAP DAPAT TUNJUK AJAR DARI OTAI EMAS YANG ADA

Friday, January 8, 2010

Hukum lelaki memakai barangan perhiasan yang diperbuat daripada emas

HUKUM LELAKI MEMAKAI GELANG.

(Dengan na`ma Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Fenomena pemakaian gelang bagi kaum lelaki di kalangan
masyarakat kita sememangnya tidak dinafikan sehingga
bermacam-macam jenis gelang yang dipakai, sama ada ia daripada
emas, perak, besi, tembaga, kayu, getah atau benang. Kalau gelang
itu terdiri daripada besi atau terdiri daripada jenis logam tertentu ia
biasanya dikaitkan dengan tujuan perubatan. Walau bagaimanapun
ia mempunyai hukum tersendiri.
Pemakai-pemakai gelang tersebut tidak mengira sama ada ia
daripada golongan remaja, orang muda mahupun orang tua.
Perkara pemakaian gelang bagi kaum lelaki ini pada dasarnya tidak
selari dengan apa yang telah ditetapkan dalam hukum syara‘.
Seringkali kita melihat zaman sekarang tak kiralah tua muda yang kecik besar kadang-kadang baby lelaki pon dah pakai gelang dan rantai silver…. Biasalah kan terikut peredaran zaman kononnya pakai gelang ni Nampak kiut n macho tapi apakah hukumnya….
Hukum lelaki memakai gelang
Kaum lelaki haram memakai gelang sekalipun bukan diperbuat
daripada emas, sama ada ianya diperbuat daripada perak, besi,
tembaga, kayu atau sebagainya. Ini kerana gelang itu adalah
perhiasan yang khusus bagi kaum perempuan, seperti juga rantai
atau subang.
Oleh yang demikian lelaki yang memakai gelang itu adalah
perbuatan menyerupai perempuan. Hukum lelaki menyerupai
perempuan adalah haram dan berdosa besar. Ini kerana Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wassalam melaknat lelaki menyerupai
perempuan dan perempuan menyerupai lelaki sebagaimana hadits
daripada Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, katanya:
Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat
orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang
perempuan yang menyerupai lelaki.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Hadits di atas jelas menunjukkan bahawa Rasullullah Shallallahu
àlaihi wasallam melaknat lelaki menyerupai perempuan dan
perempuan menyerupai lelaki. Laknat bermaksud jauh dari rahmat,
taufiq dan hidayat Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Berdasarkan hadits tersebut, Imam Ibnu Hajar al-Haitami
Rahimahullah berkata:
“Sesungguhnya haram (orang lelaki) menyerupai mereka
(orang perempuan antaranya ialah) dengan memakai perhiasan
yang khusus bagi mereka lagi yang lazim menjadi hak mereka
seperti memakai gelang tangan, gelang kaki dan seumpama
keduanya.”
Syeikh al-Islam Zakariyya al-Anshari Rahimahullah pula berkata:
: “Dan daripada apa yang haram ialah gelang tangan dan
gelang kaki untuk dipakai oleh orang lelaki dan orang khuntsa
(orang yang mempunyai dua jantina).”
Maka jelaslah bahawa kaum lelaki haram memakai gelang kerana
ia adalah perhiasan yang khusus bagi kaum perempuan. Akan
tetapi, bagaimana pula dalam situasi tertentu seperti memakai
gelang ketika majlis perkahwinan atau memakainya kerana tujuan
perubatan?
Lelaki memakai gelang ketika Majlis Persandingan
Memakai gelang hukumnya adalah haram walaupun dipakai untuk
majlis persandingan atau perkahwinan. Haram bagi pengantin
lelaki memakai aksesori baju pengantin seperti gelang dan rantai
walaupun ia bukan daripada emas.
Perbuatan sedemikian bukan sahaja menyerupai perempuan
bahkan ia tidak layak dengan keperkasaan seorang lelaki
sepertimana yang dikatakan oleh Syeikh al-Islam Zakariyya al-
Anshari Rahimahullahu Ta‘ala:
“Dan bagi kaum lelaki (dibolehkan) memakai cincin
perak kerana mengikut sunnah dan ijma‘ (keharusannya
), bahkan
disunatkan bagi kaum lelaki (memakai cincin perak), bukan
memakai gelang dan yang seumpamannya seperti dumluj (gelang
yang dipakai di antara siku dengan bahu) dan kalung (rantai).
Tidak halal bagi kaum lelaki (memakainya) sekalipun daripada
perak, kerana padanya ciri kewanitaan yang tidak layak dengan
keperkasaan (kelakian) orang-orang lelaki.”
Oleh itu jelaslah memakai gelang ketika majlis persandingan juga
tidak dibolehkan dan hukumnya haram.
Lelaki memakai gelang kerana tujuan perubatan
Adapun memakai gelang dengan tujuan semata-mata berubat dan
ia memang betul-betul ubat, maka tiadalah mengapa kerana ada
keperluan dan hajat.
Dalam perkara ini, ia boleh dilihat sebagai satu keuzuran
sebagaimana persoalan orang lelaki dibolehkan memakai inai
kerana keuzuran. Sehubungan dengan ini Imam ar-Ramli
Rahimahullah berkata:
“Maka haram berinai ke atas keduanya (orang lelaki
dan khuntsa (orang yang mempunyai dua jantina) kecuali kerana
ada keuzuran.”
Imam Asy-Syibramalissi Rahimahullah pula menjelaskan, skop
pengecualian yang dikatakan oleh imam Ramli Rahimahullah di
atas ialah apabila tidak ada selain inai yang dapat
menggantikannya untuk dijadikan ubat.
Jelaslah hukum asal memakai gelang adalah tetap haram ke atas
lelaki kecuali ada keuzuran seperti tidak ada ubat lain yang boleh
menggantikan gelang tersebut sebagai ubat untuk mengubati
penyakit. Dalam makna tanpa ada keuzuran, ia tetap haram dan
dilarang memakainya bagi lelaki dan khuntsa.
Apa yang penting ialah hendaklah memakai gelang itu dengan niat
tujuan perubatan semata-mata dan ia memang betul-betul ubat,
bukan dengan niat untuk bermegah-megah atau bergaya, maka
yang demikian itu adalah haram. Apatah lagi dengan niat untuk
bergaya semata-mata.
Kesan kaum lelaki memakai gelang
Sebagaimana yang dijelaskan, lelaki yang memakai gelang adalah
perbuatan menyerupai perempuan dan perbuatan menyerupai
perempuan itu adalah perbuatan dosa besar. Orang yang seperti ini
boleh dicap sebagai fasiq. Orang yang fasiq itu adalah orang yang
melakukan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa
kecil. Oleh yang demikian, lelaki yang memakai gelang akan
memberi kesan terhadap kelayakannya untuk menjadi seorang
saksi dan wali nikah. Kesaksiannya tidak akan diterima, begitu
juga tidak sah dia menjadi wali nikah selagi tidak bertaubat dan
menyesali perbuatannya. Sebab, salah satu daripada syarat saksi
dan wali nikah itu hendaklah mempunyai sifat al-‘adalah iaitu
tidak fasiq.
Oleh yang demikian, elakkan memakai gelang sekalipun bagi
tujuan berubat, kerana dalam tujuan berubat itu ditakuti tidak dapat
memenuhi tuntutan maksud keuzuran yang dikehendaki itu.
Kesimpulannya… janganlah orang lelaki memakai barang perhiasan lain selain dr cincin yang tidak diperbuat daripada emas kerana hukumya adalah haram kecuali terpaksa seperti memakai gelang untuk tujuan perubatan.tetapi di sini saya masih lagi sangsi bagaimana pula kalo kita tidak sakit tetapi saja2 jer nak pakai gelang yang bertujuan untuk kesihatan adakah dibulehkan… ini kena tanya yang lebih arif… bagi saya semuanya berdasarkan niat di hati kita .

1 comment:

  1. COD emas tulen 999.9 Pamp Suisse Lady Fortuna 10 gram, harga semasa RM 1340.

    Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

    Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

    Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

    Harga belian semula yang hebat.

    Terima kasih.

    ReplyDelete