ASSALAMUALAIKUM

SAYA BARU MENCEBURI PELABURAN EMAS NE.
HARAP DAPAT TUNJUK AJAR DARI OTAI EMAS YANG ADA

Wednesday, December 23, 2009

Pengalaman Mengadai di Ar-Rahnu

Saya baru membeli Pamp Suisse 100g 24k gold bar pada 27 November 2009. Pada 1 December 2009 saya cuba memajak 1 unit di Ar-Rahnu YaPEIM Pasir Gudang. Pada hari 2 ramai orang, saya tunggu giliran sehingga 30 minit. Bila tiba giliran saya, saya terus ke kaunter untuk bertanya mengenai cara gadaian emas saya disana. Kerani di kaunter memberitahu yang mereka tak terima gold bar. Hanya barang kemas je. Saya pon mengucapkan terima kasih dan beredar.
Saya kemudian ke Ar-Rahnu Bank Rakyat cawangan Kotaraya. Saya tengok di depan pintu masuk tertulis "system ofline". Alamak ..... x dapat la nak try kat sini lak.
Esoknya saya pergi lagi namun system di Arrahnu masih down. nak buat camne.
Saya pon ke Arrahnu Bank Rakyat Taman Universiti Skudai.
Ada 2 kaunter tapi 1 je yang buka, saya ambil no. giliran. Ada lagi 10 orang yang lain datang sebelum saya. Lame gak ... naik mengantuk tunggu. Dalam satu setengah jam baru sampai giliran saya....
Saya terus masuk kedalam, saya cakap dengan "encik x" yang menjaga kaunter yang saya ingin mengadaikan gold bar saya. Dia bertanya baru pertama kali ke? Saya cakap yep....
Saya tunjukkan gold bar pamp suisse pink certificate.
Encik x: Awak punye ke?
Saya : Ye
Encik x: Beli ke?
Saya : ye le x kan curi lak
Encik x: Ada risit?
Saya :(sambil mengambil risit dari poket) Ada....Nah.
Encik x: Mintak IC.
Saya : (memberi IC saya) kenapa?
Encik x: Gold bar ne same macam yang Etika emas punya - yang kene siasat dengan bank negara.
Encik x: Kami tidak menerima gold bar pamp suisse lagi
Saya : Oooo Takpalah.(cakap le awal awak... buang masa saya je.)
Saya terus balik..
Semenjak tu saya dapati banyak Ar Rahnu tak terima gold bar.
Baru-baru ne semau gold bar dah tak leh gadai kat Ar Rahnu lagi.

No comments:

Post a Comment